Hi,im nazrul Follow me or Dashboard


Nazrul 's
Intro MySelf



Hye, Im nazrul/arul/naz, sweetonefive please respect my blog. i can respect you back. dont judge me by its cover



Story Profile Friends


Friendship.



credit!



owners : Nazrul

Edit By: Nazrul.


Hargai Orang Yang Sangat Menyayangi Kita
Selasa, 2 Julai 2013 | 3:14 PTG | 0 Love Earth

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang
sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada
suaminya Zakri
"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin
dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga.
Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader
benda yang tak elok awak buat , itu lah
sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak
beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati
Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak
mengandung ada sahaja yang tidak kena
dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan
membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan kemudian
bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor
Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas
menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri
menahan sakit dan air mata meleleh panas
dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh
Nisa meneran...."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari
itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali
teran sahaja kepala baby sudah
keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari
selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa
meneran untuk kali kedua dan keluar seorang
lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin,
boy and girl, putih macam mummy dia" kata
Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's
a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri
setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor
Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana
keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl
Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur
Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi
teringat kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat
Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan
sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada
emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa
hanya diam dan memendam rasa. Danial dan
Dania diletakkan di nursery di Hospital itu
sementara menanti Nisa berehat kemudian
dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.
Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung
dan otak fikirannya menerbang kembali detik-
detik semasa Nisa mengandungkan
kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa,
ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang
bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan
pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan
semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri
tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua
kali dia membuat pemeriksaan Antenatal
samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak
dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah
mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin.
Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada
mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi
sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa
bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada
Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak
jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan
sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa
sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk
baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan
mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah
Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke?
Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat
jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang
Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki
awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri sambil memeluk badan
suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan
Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir
tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri
buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa
semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.
Terasa dada .Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa,
kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,
bapak ngan anak, hah emak ngan menantu
pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni,
tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang
satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main
baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak
senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat
bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada
Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh
saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya
menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum
hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal
usul keluarga kandung saya, saya bersyukur
dan berterima kasih pada emak kerana jaga
saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang
tak boleh hina keluarga kandung saya
walaupun saya tak pernah tengok muka ayah
dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut
Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu
kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri
bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa
menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam
- 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli
belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa
terpaksa berbohong pada emak dan keluarga
lain dengan mengatakan Nisa buat overtime
di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin
membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di
tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada
waktu bersalin Nisa. Kalau diminta
jemput...macam- macam kata kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau
berdikarilah, berlagak senang lah, lagak
kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis.
Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai
Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan
macam-macam kata nista dilemparkan pada
Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa,
ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila
Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan
berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa
sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang
masalah melanda perkahwinannya. Kasihan
Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih
mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan gara-
gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa
yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula
petang jadi Nisa mendesak agar bertolak
cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita
pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang
patut. Masa nilah kita nak membalas
pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa
pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari
dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak
Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan
mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu
aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati
aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi
langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau,
Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih
penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang
aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang
pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan
di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup
Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala
Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman
aku YA ALLAH, lindungilah aku dan
kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa
Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri
Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri
kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa
macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa
minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"
Nisa memohon maaf pada Zakri sambil
teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone
Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut
Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi,
Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke,
apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan
pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu,
makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain.
Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup
Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini
dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku
masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa
tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-
mata nak melahirkan zuriat yang dari darah
daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun
Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang
tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi"
jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi
kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello
Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah
Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital
ye Zakri, Nisa tidak sedarkan
diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor
Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan.
Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri
pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau
sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah
cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa
mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum ni pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda
lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya
Doktor Johari dengan serius dan ingin
penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia
pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri
tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik
untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah
mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya
diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa
bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa
mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi
susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang
amat sangat katanya so Doktor Zainal
membawa Nisa ke Lab untuk membuat
scanning di kepalanya dan confirm otaknya
ada darah beku tapi malangnya ia sudah
ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau
Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta
kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.
ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu
memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut
kemas dengan kain lampin baby yang masih
baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka
setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran
tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri
membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa
semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri
dapati setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik
hati Zakri selepas membaca tiap lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri
mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah
kering....membuat Zakri tertarik untuk
membacanya.. . Untuk suami Nisa yang
tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI
ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG
PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang
berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga
tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang.
Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang
abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu
buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar
Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil
Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam
tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang
dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran
untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat ni khas utk Abang.
Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada
Abang. Abang ingatkan hari ni
hari ulangtahun perkahwinan kita yang
pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan
kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan
Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania
tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan
mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh
seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan
bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di
hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih
kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang
kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa
bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi
kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai
dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air
susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah
daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan
Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada
Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut
raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan
mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga
Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi
Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan
semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa.
Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial
dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa.
Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas,
sekeping gambar dihari pernikahan antara
Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA
BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA
DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN
DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI
DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE
AKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta
penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.
Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi
satu setiap perlakuannya terhadap isterinya
Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti
wayang jelas terpampang.. . kenapalah
sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa,
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt
jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat
keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu
tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa
di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir
untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa
buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa
mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta
ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada
telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila
Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka
diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi
pipi ibu mereka buat kali terakhir dan
terlihat oleh Zakri ada titisan airmata
bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh
Zakri. Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai
yang mengiringinya termasuklah kembar
bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-
apa tapi biarlah kembar mengiringi
pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan
mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak
mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas
perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa
selamat dikebumikan. Satu persatu orang
ramai meninggalkan kawasan pusara dan
akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di
pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi
pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu
ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan
aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi
pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa
datang mencium tangan, mengucup dahi dan
memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri
melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa,
Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa.
Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang
suara kembar menangis. "YA
ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir
senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar
Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak
ipar mengendung kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan
secara automatik kembarnya diam dari
menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah
akan menjagamu nak...kaulah penyambung
zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan
kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka
berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
p/s: aku cuma mau sharing....sedih aku
baca...huhu



Older Post